Tuesday, 1 March 2011

TAJUK
Latar belakang dan kegiatan surau Taman Haji Ahmad Jamil,
13300 Tasek Gelugor,SPU,Pulau Pinang


DISEDIAKAN OLEH
Nama        : Fatin Nasuha bt Abdul Rani
No.Matrik : 2010449334
Kumpulan   : ASD2Dn


DISEDIAKAN UNTUK
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU 151


PROGRAM
Diploma Sains


TARIKH SERAH
28 Februari 2011



ISI KANDUNGAN


BIL            PERKARA                                                                                          M/S
1.               ISI KANDUNGAN                                                                               1

2.                ABSTRAK                                                                                            2

3.               PENDAHULUAN                                                                                  3

4.               PENGERTIAN SURAU                                                                        4-5

5.               LATAR BELAKANG &
                 AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN                                          6-8
  
6.              AKTIVITI DIJALANKAN                                                                     9-12

7.              PENUTUP                                                                                               13

8.              RUJUKAN                                                                                               14

                                                                                                                                                            m/s 1


ABSTRAK

Seperti yang diketahui,tempat ibadat bagi umat Islam adalah di masjid ataupun surau.Masjid atau surau merupakan sebuah institusi yang dapat membimbing masyarakat setempat terutamanya dalam hal ehwal keagamaan dan juga dalam pengisian rohani seseorang individu itu.Oleh itu,di Malaysia sahaja banyak masjid dan surau telah dibina untuk kemudahan penduduk.Dengan erti kata lain,penduduk haruslah menggunakan kesempatan ini untuk beribadat malah boleh dijadikan sebagai tempat untuk berbincang dan bertukat pendapat tentang agama Islam yang tercinta ini.Semua umat Islam berhak untuk mengeluarkan pendapat masing-masing berdasarkan ilmu pengetahuan yang dimiliki dan bersumberkan al-Quran dan sunnah.Jelaslah surau menjadi wadah terbaik bagi penduduk untuk berbincang mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan umat Islam.
Dalam kajian saya,saya lebih menumpukan terhadap sumbangan surau kepada masyarakat setempat iaitu surau di taman saya.Walaupun masjid menjadi pilihan utama bagi umat Islam untuk beribadat namun peranan surau kepada masyarakat setempat tidak harus dilupakan.Surau memainkan peranan yang sangat besar kepada penduduk terutamanya sebagai pusat ibadat yang dapat menghimpunkan seluruh penduduk di kawasan tersebut.Selain itu,pelbagai aktiviti dapat dijalankan di surau memandangkan ia dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim antara penduduk kawasan tersebut.Ini terpulanglah kepada inisiatif jawatankuasa ataupun dikenali sebagai qariah surau tersebut untuk mengimarahkan surau mereka.Ternyata surau mempunyai fungsi dan manfaat yang sangat besar kepada umat Islam seterusnya dapat meninggikan lagi syiar Islam yang sekian lama diamalkan di rantau ini.

     
                                                                                                                                                      m/s 2

PENDAHULUAN


Syukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya masih diberikan kudrat untuk menjalankan kajian seterusnya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Ini adalah berkat keizinanNya,dorongan daripada Ustaz Abd Aziz,bantuan yang tidak putus-putus daripada ibubapa dan rakan-rakan.Tidak lupa juga kepada penduduk Taman Haji Ahmad Jamil yang banyak memberi info serta kerjasama yang baik sepanjang saya melakukan kajian di taman saya ini.

Saya telah memilih surau Taman Haji Ahmad Jamil sebagai tempat kajian saya.Ini kerana keluarga saya merupakan antara penduduk lama di taman ini dan ayah saya merupakan salah seorang ahli jawatankuasa surau iniSaya mengambil masa lebih kurang 5 hari untuk mengumpul maklumat tentang surau ini.Skop kajian saya ialah latar belakang,carta organisasi pengurusan surau,aktiviti yang dijalankan di surau ini serta manfaat yang diperoleh oleh penduduk taman ini.

Saya sangat gembira ketika melakukan kajian ini kerana banyak info yang telah saya peroleh tentang surau ini.Sebelum ini,saya hanya mengetahui serba sedikit sahaja tentang surau taman saya itu.Namun,setelah melakukan kajian,ilmu saya tentang sumbangan surau kepada masyarakat semakin bertambah.Ternyata besar sumbangan surau ini kepada penduduk taman saya ini.Saya berharap surau ini akan terus meriah dengan kehadiran penduduk untuk beribadat dan saya mengharapkan agar semua penduduk dapat menjadi lebih aktif dan turut serta dalam melaksanakan pelbagai aktiviti yang dirancang.Selain itu,saya pasti ramai penduduk ingin menjadikan surau kami ini antara surau yang terbaik di daerah Tasek Gelugor.

                                                                                                                                                            m/s 3


PENGERTIAN SURAU

Surau dapat ditakrifkan sebagai sebuah bangunan kecil tempat solat yang digunakan juga sebagai tempat mengaji al-Quran bagi anak-anak dan tempat belajar agama bagi orang dewasa. Kata surau berasal dari istilah Melayu Indonesia dan penggunaannya meluas di Asia Tenggara. Pengertian surau ini dalam penggunaannya hampir sama dengan istilah langgar atau musala.
Dalam erti kata lain,surau adalah tempat beribadat yang khusus seperti solat dan i'tikaf bagi orang Islam, dan juga menjadi pusat kebudayaan, muamalat(perhubungan) serta perkembangan dakwah Islamiah. Surau adalah pusat aktiviti umat Islam setempat. Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, malah boleh jadi sekadar bilik, tetapi ia bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai definisi surau. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid, atau ada pula menyebutnya sebagai musolah. Bagaimanapun, takrifan yang biasanya diterima pakai adalah masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi 3 kali. Sementara surau pula adalah tempat sembahyang yang digunakan kurang 40 orang dan tidak diadakan solat Jumaat di situ.Ini adalah perbezaan antara masjid dan surau.

                                                                                                                                                            m/s 4


Namun,fungsi masjid dan surau adalah lebih kurang sama,iaitu menjadi tempat beribadat bagi umat Islam.Banyak manfaat yang diperoleh oleh individu yang sangat gemar untuk memakmurkan masjid (rumah Allah) dan surau.Berdasarkan hadis dari al-Quran:


" Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut ( kepada sesiapa ) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang di harapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk."
                                                              [Surah at-Taubah ayat 1]

                                                                                                                                                            m/s 5


LATAR BELAKANG & AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN


Surau Taman Haji Ahmad Jamil mula siap dibina sekitar tahun 1970.Ini seiring dengan pembukaan taman ini.Sejak itu,taman ini semakin dihuni oleh ramai penduduk dan rata-ratanya adalah penduduk Tasek Gelugor sendiri.Uniknya taman ini adalah ia merupakan satu-satunya taman di daerah Tasek Gelugor yang semua penghuninya adalah orang Melayu.Dalam erti kata lain,semuanya adalah beragama Islam.Selain itu,majoriti penduduk taman ini adalah dari golongan professional seperi guru,pensyarah dan pegawai bank.Selepas beberapa bulan pembukaan taman ini,surau mula dijadikan tempat tumpuan penduduk untuk beribadat dan bersuai kenal antara satu sama lain.Setelah itu,kedengaran azan mula berkumandang pada setiap waktu solat oleh penduduk yang bergilir-gilir untuk menjadi muazzin.Sejak itu,meriahlah surau Taman Haji Ahmad Jamil.

Selepas itu,jawatankuasa ataupun dikenali sebagai qariah ditubuhkan bagi menguruskan perjalanan surau taman ini.Perlantikan ahli jawatankuasa adalah berdasarkan kesepakatan dan undian dari penduduk dan disusuli dengan beberapa mensyuarat yang diadakan.Setelah itu,tertubuhlah ahlijawatankuasa pengurusan surau Taman Haji Ahmad Jamil.Untuk menjalankan sesuatu aktiviti,mereka akan bermesyuarat dan bermusyawwarah di surau bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan dapat berlansung dengan sempurna.Pengurusan yang cekap ini dapat melahiran produktiviti aktiviti yang berkesan dan bermakna untuk penduduk taman ini.

                                                                                                                                                            m/s 6


Taman ini juga melaksanakan kutipan iaitu yuran tahunan untuk dimasukkan ke dalam dana surau untuk menjalankan sesuatu aktiviti.Yuran tahunan hendaklah dibayar oleh setiap rumah kepada wakil lorong masing-masing.Selain itu,taman ini mempunyai tabung khairat iaitu sebagai persediaan jika berlakunya sesuatu kematian penduduk taman ini.Dana ini dikumpul bagi memudahkan keluarga si mati untuk menguruskan jenazahnya.Perlaksanaan kutipan ini dipersetujui oleh semua penduduk kerana ini untuk kebaikan mereka juga dan surau taman kami.

Ternyata penubuhan ahlijawatankuasa surau merupakan satu langkah terbaik dalam memastikan surau dan juga taman kami dapat berfungsi dengan sempurna.Ini juga dapat memastikan semua penduduk bermuafakat dalam menjalankan sesuatu aktiviti dan semangat kejiranan dapat sentiasa dipraktikkan oleh semua penduduk taman ini.

                                                                                                                                                            m/s 7


SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN SURAU
TAMAN HAJI AHMAD JAMIL


Penasihat 1                 : Tn. Haji Zubir bin Ismail
Penasihat 2                 : Tn. Haji Nordin bin Ibrahim
Pengerusi                   : Dr. Hanafi bin Ismail
Naib pengerusi           : En.Hamali bin Khalib
Setiausaha                 : Tn. Haji Jaafar bin Mokhtar
Naib setiausaha         : En. Zurhan bin Abu Bakar
Bendahari                 : Tn. Haji Ahmad Anuar bin Ismail
Naib bendahari         : En. Ahmad Fauzie bin Musa
AJK lorong               : Wakil setiap lorong
Imam                        : Tn. Haji Nordin bin Ibrahim
                                 : Tn. Haji Jaafar bin Mokhtar
Bilal/Siak                   : En. Abdul Rani bin Shariff
                                 : Haris bin Ismail
Juru audit                  : Tn. Haji Mokhtar bin Othman
Biro keselamatan       : En. Mohd Noor Ashikin
                                 : En. Abdul Rani bin Mad Isa
Biro pendidikan         : En. Ahmad Zainuddin
                                 : En. Hamali bin Khalib
Biro sosial                 : En. Mohd Zaidi bin Saad
                                 : Tn. Haji Omar bin Che May
                                                                                                                                                            m/s 8


AKTIVITI DIJALANKAN


HARIAN

1) Solat secara berjemaah

Solat berjemaah biasanya diadakan pada waktu Subuh,Maghrib dan Isyak.Solat ini diimamkan oleh imam-imam yang bertugas.Kadang-kala setelah selesai bersolat,sedikit tazkirah diberikan oleh imam sebagai peringatan kepada penduduk agar tidak terus leka dengan hal duniawi.Kita sebagai umat Islam seharusnya dapat menyeimbangkan hal duniawi dan ukhrawi agar kita termasuk dalam golongan yang bertakwa kepada Allah dan segala urusan yang dilakukan mendapat keredhaan daripadaNya..


MINGGUAN

1) Ceramah

Ceramah di surau diadakan pada setiap hari Selasa tiap-tiap minggu.Ceramah ini disampaikan oleh penceramah jemputan dari luar ataupun imam di surau itu sendiri.Setiap ceramah yang diadakan mempunyai pengisiannya yang tersendiri.Tajuk-tajuk ceramah pula berkaitan dengan isu-isu semasa.Penduduk memberikan respon yang agak memberangsangkan bagi ceramah-ceramah sebegini.

                                                                                                                                                            m/s 9


2) Majlis bacaan yasin dan tahlil

Majlis bacaan yasin dan tahlil selalunya diadakan pada setiap hari Khamis (malam Jumaat) di surau.Bukan hanya muslimin sahaja yang hadir,malah muslimat juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.Majlis ini diadakan selepas solat Maghrib.Setelah selesai bacaan yasin dan tahlil,majlis ini diteruskan dengan solat Isyak secara berjemaah.Setelah itu,sedikit jamuan ringan diadakan hasil sumbangan mana-mana penduduk.Kadang-kala ada juga penduduk yang bersedekah.Contoh menunya ialah bihun goreng ataupun kuih-muih.



BULANAN(BULAN RAMADHAN)

1) Solat tarawih secara berjemaah

Solat tarawih secara berjemaah diadakan sepanjang bulan Ramadhan di surau taman ini.Solat tarawih diimamkan oleh imam-imam yang bertugas.Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat meriah di taman ini.Pada bulan inilah ramai penduduk yang ke surau umtuk bersolat terawih secara berjemaah.Tidak ketinggalan juga kanak-kanak yang turut bersemangat untuk bersolat terawih dan sekaligus memeriahkan surau taman ini.Walaupun kadang-kalanya bunyi mercun kedengaran dan mengganggu solat,tetapi ia tidak mematahkan semangat penduduk untuk terus mengunjungi surau dan bersolat terawih.Ia dianggap sebagai cabaran dan dugaan dalam melaksanakan perintah Allah.Tambahan pula,setiap malam solat terawih pasti ada ganjarannya yang tersendiri. Ternyata bulan Ramadhan banyak memberikan manfaat terhadap umat Islam kerana bulan ini lebih baik dari seribu bulan.
                                                                                                                                                          m/s 10


2) majlis berbuka puasa

Majlis berbuka puasa diadakan pada hari-hari tertentu pada bulan Ramadhan.Ia melibatkan semua penduduk untuk berbuka puasa bersama-sama.Ternyata majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk taman ini.Makanan yang dihidangkan adalah dari dana yang disumbangkan penduduk taman ini sendiri.Ada kalanya juga ada penduduk yang bersedekah dan ini merupakan akhlak yang baik.Tambahan pula,bulan Ramadhan merupakan bulan yang digalakkan untuk bersedekah.


TAHUNAN

1) Gotong-royong

Majlis gotong-royong seringkali diadakan sekali setahun iaitu pada hari hujung minggu dimana ramai penduduk cuti dan tidak bekerja.Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan kawasan surau,mengecat,
mencuci tandas dan menukar langsir.Aktiviti sebegini menunjukkan semangat muhibbah yang diamalkan oleh penduduk taman ini.Tambahan pula,kebersihan amatlah dititikberatkan dalam Islam itu sendiri.Ini menjadi tanggunggjawab semua penduduk untuk memastikan surau sentiasa dalam keadaan yang bersih.Sebelum bersurai,sedikit jamuan diadakan bagi menghilangkan penat lelah setelah sehari suntuk melakukan gotong-royong.


2) Hari Keluarga

Hari Keluarga diadakan sekali setahun iaitu pada hujung minggu dimana ramai penduduk cuti dan tidak bekerja.Pelbagai acara sukaneka untuk kanak-kanak dijalankan seperti basikal lambat,mencari coklat dalam tepung dan bawa bola ping pong dalam sudu.
Untuk kaum Hawa pula diadakan pertandingan memasak,
memasukkan benang ke dalam jarum dan kreativiti menggunakan
sejadah.Ternyata Hari Keluarga merupakan aktiviti yang ditunggu-tunggu pada setiap tahun.
                                                                                                                                                          m/s 11


3) Sambutan Hari Maulidur Rasul

Sambutan Hari Maulidur Rasul juga antara aktiviti wajib bagi taman ini.Pada hari tersebut ceramah diadakan.Ceramag disampaikan oleh penceramah jemputan.Selain itu, pertandingan bercerita kisah nabi serta pertandingan nasyid dan azan turut diadakan.


4) Pusat persinggahan para tabligh

Surau taman ini juga menjadi tempat persinggahan para tabligh.
Mereka menetap selama beberapa minggu di surau.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh para tabligh ialah pergi rumah ke rumah sambil menyeru orang ramai untuk dating bersolat secara berjemaah di surau.Selain itu,mereka juga mengadakan ceramah dan qiamullail pada malam-malam tertentu.

                                                                                                                                                          m/s 12

PENUTUP

Alhamdulillah saya bersyukur kerana akhirnya tugasan ini dapat disiapkan.Berdasarkan kajian saya ini,dapat saya simpulkan bahawa surau memberi banyak manfaat kepada penduduk taman saya ini.Antaranya :

1) menjadi tempat beribadat terutamanya solat secara berjemaah
2) menjadi tempat penduduk berkumpul dan membincangkan segala
   permasalahan yang dihadapi
3) menjadi tempat segala aktiviti riadah dan kesukanan dijalankan
4) mengukuhkan ikatan silaturrahim antara penduduk melalui aktiviti
   yang dijalankan
5) menjadi tempat berdakwah terutama kepada para tabligh

Ini menunjukkan betapa besarnya sumbangan surau terhadap pembangunan ummah seterusnya meninggikan lagi syiar agama Islam yang sekian lama diamalkan di rantau ini.Saya berharap para penduduk dapat terus mengimarahkan surau taman kami ini.Akhir kata,jadikanlah surau sebagai rumah kedua kita dan beribadatlah sebanyak mungkin selagi kita diberi kesempatan.
                                                                                                                                                          m/s 13


RUJUKAN

Internet
- http://abdazizharjin.blogspot.com
- http://pengertiansurau.wikipedia.com

Buku
-Pengurusan Masjid dan Surau di Malaysia
 Pengarang      : Haji Ahmad bin Zaidi
Tahun terbitan : 2007
Penerbit          : Pustaka Ilmiah Sdn Bhd

Orang sumber
- Abdul Rani bin Shariff (penduduk)
  Umur     : 48 tahun
  Jawatan : Bilal / siak

- Tn Haji Nordin bin Ibrahim (penduduk )
   Umur    : 55 tahun
  Jawatan : Penasihat 2 / imam

- Norhashimah bt Saad ( penduduk mewakili kaum Hawa )
  Umur        : 44 tahun
  Pekerjaan : surirumah tangga

- Nur Syuada bt Amri (penduduk mewakili golongan belia)
  Umur        : 22 tahun
  Pekerjaan : Masih belajar

                                                                                                                                                          m/s 14

                                                                SEKIAN...